Konspirasi Kes liwat Anwar Ibrahim II

Pada 30 Jun 2008, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendakwa kes ini satu lagi konspirasi sambil menunjukkan foto dalam telefon bimbitnya.[7]

Pelbagai blog di internet menyiarkan gambar jelas menunjukkan Saiful bergambar dengan pelbagai tokoh politik semasa Saiful menjadi mahasiswa di Uniten. Antaranya foto bersama Dato' Shahril Abdul Samad, Dato' Seri Dr.Azalina Othman Said, Dato' Sri Mustapa Mohamed dan menemui pegawai khas Dato' Sri Najib Tun Razak. Najib mengakui bahawa Saiful ada menemui beliau di kediamannya mengenai kes liwat itu sebelum membuat laporan polis. Saiful membuat laporan polis hanya pada 28 Jun 2008. Najib turut menjelaskan bahawa Saiful ada menemui pegawai di pejabatnya kerana memohon biasiswa terus daripada TPM. Dalam kenyataan pada waktu lain, Najib mendakwa Saiful berjumpa untuk mengadu diliwat.[8]

Ketika sidang parlimen pada Jun tahun 2011, Dato Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kerugian 1MDB RM 158.3 juta[9]. Beberapa minggu kemudian pada bulan yang sama, Saiful Bukhari telah membuat laporan polis mendakwa diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. (Untuk rekod, Dato Seri Anwar Ibrahim telah meneliti penyata kewangan 1MDB bagi 6 bulan pertama sehingga 30 September 2010 menunjukkan 1MDB mengalami kerugian sebanyak RM158.3 juta dengan kos operasi untuk 6 bulan yang berjumlah RM 20.5 juta)

Rujukan

WikiPedia: Kes liwat Anwar Ibrahim II http://www.astroawani.com/berita-politik/prk-port-... http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=35287... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php...